Thursday, October 16, 2014

“Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang bertakwa.” Surah Thahaa : ayat 132




Ini Ira, adik aku,  Dia pemegang kad Oku. Dia cacat pendengaran. Pendengaran dia kurang. dia perlukan alat bantuan pendengaran (hearing aids) seumur hidup dia.

2 tahun lepas tak silap aku, dia dapat terima surat bantuan utk melakukan pembedahan utk masukkan alat pendengaran itu di dalam telinga. pembedahan ini dilakukan di sebuah hospital di Kuala Lumpur.  (Hukm). 

bagaimana dia boleh dapat semuanya dengan izin Allah swt, yang memberi rezeki.

Di melaka, ada sebuah kedai yang menjual peralatan dan perkhidmatan utk masalah pendengaran. Dr berbangsa cina di situ yang menghantar surat permohonan utk adik aku IRA utk mendapatkan bantuan pembedahan itu, baiknya Dr itu.

setelah surat dihantar dan diproses, tibalah hari untuk kami ditemuduga. 

aku bersama sama Ira waktu itu.

di kiri kanan aku ramai anak anak kecil,

di sebelah aku ada bayi berumur dalam lingkungan 10 bulan langsung tak punya cuping telinga.

aku waktu itu dah rasa macam nak balik, aku rasa macam bersalah lah pulaks... siap kol mak aku, bagitau , mak tak salah ke kita nie?  ada budak budak lain yang lagi memerlukan kita macam ambil bahagian dorang jer...

mak aku cakap... ntah ko...ikut suka kau ler..nak balik balik lah...

tapi aku tunggu...

tibalah waktu aku dan adik aku ditemuduga,  di hadapan aku seorang Prof yang akan menjalankan pembedahan itu. Melalui pakaian beliau, aku kira dia  solehah..

dia tanya aku satu soalan?

LAYAKKAH ADIK AKU MENERIMA BANTUAN KERAJAAN UNTUK PEMBEDAHAN TELINGA ITU? SEDANGKAN RAMAI LAGI KANAK KANAK YANG LAGI KECIL DAN SUSAH YANG MEMERLUKAN BANTUAN DARI KERAJAN?

Aku pun menjawab.. Kalau Puan tanya saya layak atau tidak adik saya ini. saya tiada jawapan. Layak atau tidak dia bergantung kepada baiknya ALLAH swt utk memberikan rezeki pada dia.

bukan pada Puan bukan pada pihak kerajaan sekalipun, ia bergantung pada yang memberi rezeki. ALLAH YANG MAHA BESAR.

Puan itu tidak cakap banyak, lalu dia katakan selamat berjaya.

sebulan selepas itu, aku dapat panggilan telefon dari sana, dia memaklumkan bahawa aku perlu datang, aku tanya lulus atau tidak? dia kata ..puan kene jumpa Prof.  besok. Prof ingin sangat jumpa puan.

besoknya aku datang, Prof itu terus memeluk aku dan mengucapkan tahniah kerana aku berssangka baik pada Allah dan selalunya hanya separuh sahaja ditanggung oleh pihak kerajaan, tapi utk kes adik aku, dia dapat rm90 ribu bantuan cuma kami tambah 10 riby sahaja..

aku katakan pada Prof itu, adik aku ini orangnya masya Allah, dia paling sayang ayah dan emak aku , dia berkhidmat pada emak dan Allahyarham ayah aku tak sama macam aku. dia jaga ayah aku sakit di hospital, emak sakit di hospital, sewaktu mengerjakan umrah, dia lah yang pegang selipar ayah aku,emak aku, makcik makcik aku, dia yang tolng ambikan air zam zam ayah aku, dia lah yang pimpin ayah dan emak aku,  

dia lah orang nya masya Allah. 

Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Hadis Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

ini rezeki DIA. Allah tahu dia berhak dapat itu sebab apa yang telah dia perbuat, 




Wednesday, October 15, 2014

sahabat yang baik adalah sahabat yang mengingatkan kita tentang hal akhirat

Abang Amir sahabat laki aku.

Gambar kenangan sewaktu menjadi imam di kediaman kami suatu ketika dahulu bersama sama dengan Allahyarham Ustaz Haji Ahmad bin Abdul Wahab.

Pada malam pertama Tuan Guru telah meninggal kan dunia, abang Amir telah mengajak laki aku dan aku utk solat sunat hadiah . Kami taktau apakah solat itu. Beliau katakan dulu sewaktu ersama tuan guru, beliau pernah solat bersama sama dengan Tuan Guru .

Sewaktu kami bertiga solat, sangat hiba waktu itu. Abang Amir teresak esak menangis kerana sedih atas pemergian tuan guru.

Sahabat yang baik sebenarnya yang selalu mengingatkan kita tentang ilmu akhirat.

Tentang solat sunat hadiah:
Maksudnya: Setengah daripada sunat, sembahyang 2 rakaat bagi mayat sesudah di tanam.

Berdasarkan riwayat, Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
maksudnya: Pada malam pertama mayat dikebumikan, keadaan mayat itu berada didalam keluh kesah. oleh kerana itu, kasihanilah kamu untuk mengurangkan keluh kesah mayat itu dengan bersedekah. Jika tidak mampu bersedekah sembahyanglah 2 rakaat, baclah padanya pada tiap-tiap rakaat satu kali fatihah, satu ayat kursi, satu kali al-Takathur dan 10 kali surah al-Ikhlas dan hendaklah berdoa sesudah memberi salam

resepi asam pedas ikan merah


Bismillahirahmanirrahim.

Nampak lauk baca bismilah terus kan... eeheehehhe

kat sini aku bubuh resepi asam pedas yang biasa aku buat, Asam pedas kami, maksud aku keluarga kami yang jenis pekat punya. ada orang suka yang cair cair. tapi utk kami, kami suka asam pedas yang pekat pedas dan masam.

pada sesiapa yang ingin mencuba, aku doakan selamat berjaya

 3 Bawang besar
bawang putih
kunyit idup
(3 bahan di atas di blender)
belacan
serai (diketuk)
daun limau
cili kering yang telah direbus dan dikisar
minyak
asam jawa
asam keping
halba (boleh letak atau tidak)

memula sekali panaskan minyak, selepas itu masukkan bawang merah bawang putih kunyit idup yang telah diblender. pastue masukkan belacan, masukkan cili kering., goreng sampai wangi dan garing masukkan serai yang telah dititik dan daun limau, asam keping sekali.

bila dah garing barulah masukkan air asam jawa.

dan masukkan ikan dan bendi

ini utk ikan merah, ikan senangin, ikan tenggiri. ikan parang

ikan sembilang resepi dia lain. harap maklum




Thursday, October 9, 2014

air rebusan nasi arab



setiap kali aku terpandang kan air rebusan ini, atau setiap kali aku memasak nasi arab, aku pasti teringat kan akan kisah air rebusan ini.

Aku orangnya susah ingin membuka mulut meminta pertolongan. Sekiranya aku mampu buat, aku buat. Kadang kadang sahaja aku minta bantuan pekerja lelaki aku. 

Ditakdirkan satu hari, aku ingin mengangkat periuk berisi air rebusan ini ke tempat lain kerana aku kekurangan dapur memasak. Aku terlepas dari tangan periuk ini sehinggalah air rebusan yang panas ini jatuh ke kedua dua belah kaki aku.

Saat itu, aku rasakan kebas yang teramat sangat. Pijar pedih kebas sakit sehingga ke kepala...dan air mata aku meleleh tanpa henti.

Aku bukannya ingin menangis menagih simpati. .tapi mungkin disebabkan kesakitan yang teramat sangat yang ditanggung oleh badan, air mata itu meluncur laju...laju turun nya tanpa henti..

Aku terus istighfar banyak banyak. Tak henti henti aku istighfar meminta keampunan Allah swt.

Dalam kepala aku waktu itu adalah memikirkan dosa aku yang manakah yang Allah ingin ampunkan? ?

Dosa kaki aku melangkah ke tempat maksiat yang manakah yang Allah ingin hapuskan? ??

Sehinggalah pekerja aku datang dan terperanjat melihat aku...
Dan membersihkan segala yang bergelimpangan itu.

Tanpa kata apa apa, aku pulang ke rumah tanpa memakai selipar. Aku lucutkan stoking dan aku berjalan dengan berkaki ayam kerana pijar sangat sehinggakan aku tak boleh menyarung selipar lagi.

Baliknya aku sapu minyak ayam...dan aku terus istighfar dan terus tdo dalam kesakitan.

mudah mudahan dengan musibah yang sedikit itu, penghapus dosa dosa yang pernah aku lakukan .

Ya Allah ampunkan dosa dosa kami ya Allah. ..

Kami takut akan seksaan api nerakaMu.

Air rebusan ini kami tak tahan sakitnya ya Allah. .

Kasihanilah kami ya Allah. .

Kasihanilah ibu bapa kami

Kasihanilah suami dan isteri kami

Kasihanilah anak anak kami

Kasihanilah guru guru kami

Kasihanilah adik beradik kami saudara mara kami sahabat sahabat kami jiran jiran kami

Kasihanilah kami ya Allah. ..

tandas

Habib Alwi pernah berpesan pada aku, nak tau orang itu pembersih atau tidak,lihat keadaan tandas rumah orang itu. 

Tandas rumah orang yang tak punya orang gaji yang pernah aku pergi bersih berkilat wangi adalah tandas rumah cikgu mengaji aku Ustaz Haji Salim dan Allahyarham Tuan Guru Ustaz Haji Ahmad bin Wahab, Bersih betul tandas rumah mereka, tandas orang berilmu dan alim. 

benarlah kata orang, kebersihan mencerminkan keimanan kita. 

Abah Muhammad Ashraf



Abah

Seorang abah tak perlu mengucapkan kata kata sayang pada anak anaknya utk membuktikan dia sayang akan anak anaknya.

Abah itu keras. Tapi hati nya tetap lembut.

Walaupun bukan dia yang berjaga malam utk anaknya yang demam
Dia tetap sayang akan anak anak nya

Abah itu keras. Tapi hatinya tetap lembut.

Dia tidak seperti ibu yang sanggup bersengkang mata demi anak anaknya yang sakit..
Dia tetap abah yang bertanggungjawab pada anak anaknya.

Abah itu keras..tapi hatinya tetap lembut. .
Di dalam tubuh badan anak anak kita di situ adanya cinta abah dan ibu itu sendiri
Mana mungkin si abah tidak menyayangi anak anaknya.

Mungkin dia tidak seperti seorang ibu yang sanggup berhabis dan bermati matian buat anak anaknya..
Tapi dia tetap abah.

Abah kepada setiap anak anaknya

dulu lain sekarang lain






Mengimbau lauk baru baru kawen gitue..

Kalau dulu baru baru kawen rajin masak utk dia

Sekarang asal jadi malas pula
Dulu masak masak makan berdua
Siap boleh tunggu mengadap depan muka
Sekarang bila suami tanya lauk apa

Dah pandai jawab tatau nak masak apa
Dulu boleh jerr sendukkan dan duduk makan berdua
Tapi sekarang ambik sajalah kat dapurtangan sendiri kan ada...

Alahai wahai isteri isteri semua

Dia kan kunci pintu syurga kita
Redha dia masuklah mana mana pintu syurga
Dia bukan mintak kari kepala unta
Masak jer lah.dia bedal jerr. .


Aku selalu sangat jumpa perempuan yang kata kat aku yang suami dia tak kesah pun dia tak masak. Dengan penuh rasa bangga. Sedih sebenarnya kata kata itu utk didengar. Suami sekarang bukan suami zaman dulu dulu. Suami sekarang mmg jenis tak banyak ceritanya. Ada adalah. Tiada pun tak mengapa.
tapi sayang lah bila kita jadi isteri kita tak merebut peluang yang ada. ORANG YANG BAHAGIA ADALAH ORANG YANG MAMPU MEMBAHAGIAKAN ORANG LAIN. Kalau orang itu suami kita sendiri lagilah mendatangkan pahala. 


Ya Allah, pahala ...tamau ke? oh lupa. tak nampak ganjarannya sekarang. cuba lah pahala itu macam duit masuk berkepuk kepuk dalam akaun boleh nampak, berlumba lumba orang mengejarnya.
Kita tengok orang terdahulu dari kita, bukan ada masa nak ke masjid atau kuliah agama. Kerja mereka mengabdikan buat Tuhan mereka, suami dan anak anak. Itulah mereka dahulu, mati mereka sangat baik,. ada di antara mereka dapat meninggalkan dunia di hari Jumaat. Subhnallah.






Taat kepada suami adalah tanggungjawab isteri yang wajib di sempurnakan. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Bazzar Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: "Kamu sampaikan kepada perempuan yang kamu jumpa, bahawa taat kepada suami, dan mengakui hak-hak suami, sama pahalanya dengan berperang dan bertempur dengan musuh-musuh Islam di medan pertempuran, tetapi sedikit sangat daripada isteri-isteri yang menyempurnakan hak-hak suami mereka." (Hadis riwayat Al Imam Bazzar) 

masak lemak labu





Bawang merah
Udang kering
Kunyit hidup blender

Tumis atas dapur dengan labu yang telah dipotong kulitnya

Empuk labu masukkan udang segar dan daun selasih

Masukkan serbuk lada hitam mcCormick

Dah empuk semuanya masukkan santan

Monday, October 6, 2014

bahagian kita di atas muka bumi ini tak sama




Aku adalah pengusaha Restoran di salah sebuah negeri di Melaka. Sedikit lebih kurang adalah dalam 6 tahun lebih aku dah berniaga. Bermacam macam jenis manusia telah aku jumpa. dan kebanyakan adalah warga tua . Dibesarkan oleh Allahyarham Haji Tamby Hussin, sedikit sebnyak aku terikut ikut dengan apa yang di lakukan. kebanyakan warga tua dia tak akan ambil duit, dia akan bagi makan secara percuma.  tanpa bayaran. Tidak kira apa bangsa dan agama, dia tetap akan kasi makan percuma. Di awal awal aku memulakan perniagaan aku sendiri, kedai aku sendiri selalu didatangi oleh warga emas. Mereka lebih gemar memilih roti canai dan teh. dan kebiasaanya aku bagi percuma. aku belum pun kaya waktu itu, kereta pun tiada. maksud aku kereta yang dinamakan atas nama aku. jadi kiranya aku tidak berharta lah 6 tahun dahulu, duit yang aku ada adalah modal pusingan duit berniaga aku. waktu itu pun aku dah beri  setiap orang tua itu yang datang  makan secara percuma. pernah sekali aku didatangi oleh seorang lelaki, dia kata Ayah dia dah meninggal, dia kata dia nak bayarkan makan ayah dia, dia kata sewaktu ayah dia sakit, ayah dia sempat beritahu yang dia selalu makan dia kedai aku tapi tidak aku ambil sebarang bayaran. aku katakan pada pelanggan itu, aku dah halalkan dunia dan akhirat. 

gambar di atas adalah situasi yang berlaku baru baru ini, aku macam dapat agak mereka berdua baru balik daripada pejabat pos di hadapan kedai aku. bila aku tanyakan ingin makan, mereka katakan minum sahaja. bila aku bersungguh sungguh katakan, aku bungkuskan kalau kenyang,... mereka kata kalau aku belanja dia akan makan.

aku letakkan 2 pinggan nasi beriani di hadapan mereka. alhamdulillah licin sekelip mata.
selepas makan, makcik itu ingin angkat dan basuh pinggan itu,. aku katakan tak payah makcik, mari aku hantarkan pulang ke rumah. beria ia mereka menolak kerana tak mau menyusahkan aku, tapi aku masih lagi bersungguh sungguh ingin hantar pulang kerana aku tau, tempat aku tiada satu bas pun masuk apatah lagi teksi.

benar mereka berjalan kaki. jauhnya masya Allah dengan panas terik lagi. bayangkan kalau mereka belum makan tadi. Allah itu sangat baik kerana menghantar kan rezeki buat makcik makcik ini. 

aku cukup kalah berhadapan dengan orang orang sebegini

jangan salahkan takdir mereka, tapi kita haruslah bantu mereka, doa doa merekalah yang membantu kita, mereka pun tidak minta jadi begini, tapi mereka adalah utk kita, mereka adalah sumber pahala kita. 

kita perlu berterimakasih pada mereka mereka ini


yang punyai HATI seperti itu



Hari ini aku ternampak seorang anak perempuan memakaikan stoking kaki ibunya. Aku pandang dia, aku rasa kagum dekat diri dia. Aku bangga aku mengenali dia. Insya Allah, dia akan mendapat kebaikan di dunia dan akhirat kelak. Percayalah dik...yakin... insya Allah ganjarannya ada buatmu nanti.

Aku ada seorang kawan yang setiap minggu akan pulang ke rumah emak dan ayah dia utk dia mengemas rumah dan membasuh bilik air rumah emak dia. Suatu ketika dahulu sewaktu dia punya bibik dia akan hantarkan bibik dia kemas rumah emak dia. tapi sejak dia tak punya bibik lagi, dia sendiri yang akan buat semua itu.

Aku ada seorang kawan lelaki yang setiap Hari Jumaat akan pulang ke rumah keluarganya dan akan bawa ayah dia ke kedai gunting rambut,
anak lelaki itu juga akan sentiasa pulang ke rumah emaknya utk menghulurkan bantuan pada emaknya contoh sekiranya emaknya ingin meminta membelikan barang barang basah dan kering di rumah emaknya.
baru baru ini aku dapat tau, dia juga yang membantu emak dia memasak di dapur kerana pembantu rumah emak dia telahpun bercuti.

aku bangga mereka adalah orang orang di sekeliling aku. aku bangga mereka punya hati yang seperti itu.

semoga Allah akan merahmati mereka semua dan akan memberikan mereka kesenangan dan dipermudahkan urusan kehidupan mereka di dunia dan insya Allah di akhirat kelak.

amin ya rabbal alamin

Wednesday, October 1, 2014

si penakut naik kapal terbang



suami aku cukup sabar dengan aku. sangat sangat penyabar orangnya. aku nie takut akan ketinggian dan tempat yang tertutup. jadi menaiki kapal terbang adalah satu azab pada aku. perut aku memulas, aku akan nak termuntah, berpeluh peluh... macam macam lah peel aku datang.

pengalaman kedua aku menaiki kapal terbang adalah sewaktu mengerjakan umrah. Pergi tue mmg lah azab, tapi bila nak balik aku dah bijak sedikit, aku pergi beli pil tido kat farmasi tue siap siap.

tapi ada satu lagi benda yang kelakar bangang yang laki aku sabar melayankan aku, bila waktu naik tangga kapal terbang masa nak balik..
aku ulang ulang suruh nazli tanya kat stewardes yang jaga pintu tue... tanya betul tak kapal terbang nie pergi malaysia kah kah kah kah
nazli taknak layan aku.... dia cakap kan semua tue muka orang malaysia...aku berjerih jerih suruh dia tanya gaks.. sebab aku takut salah naik kapal terbang kah kah kah kah kah...

bila stewardes tue kata ya pergi malaysia, barulah aku melangkah masuk ke dalam perut kapal terbang


Jika tidak mampu menangis kerana dosa, jangan pula sampai ketawa dengan nya

Jika tidak mampu menangis kerana dosa, jangan pula sampai ketawa dengan nya

Tuan #pahrolmohamadjuoi


aku selalu takut duduk bercerita panjang panjang buang masa, duduk bersembang ramai ramai dengan kengkawan kami yang lama..yang baru,,,, sebab takut terbercerita akan kisah kisah lama,

kita ini orang yang berdosa, masa silam kita kelam. tapi kita nie selalu lupa bahawa dosa dosa yang lepas usahlah di ulang ulang lagi berceritta tapi biasalah bila dah duduk ramai ramai bersembang macam macam boleh bercerita,

sepatutnya sekiranya kita rasa kita menyesal dengan kisah silam kita, kita patut tutup kan sahaja mulutkan sebagaimana Allah tutupkan aib kita sekarang.

Allah dah tutup aib kita, kita dengan bangganya menceritakan tentang kejahilan kita. aku suka kata kata di atas.... sangat terkesan di hati.... jika kita tidak mampu menangis kerana dosa, jangan pula sampai ketawa denganya..

yang kita merayu meminta pengampunan pada Allah swt bila kita solat taubat seolah olah tiada rasa penyesalan sebenarnya,, sekiranya ada terbit kekesalan pasti kita malu utk menceritakan aib kita..

Allah Allah Allah

ampunkan kami semua ya Allah

Habib Alwi Alayadrus, Habib Syech dan Dr Azizan Osman

Apabila kamu bertemu dengan kekasih kekasih Allah, layanilah ia baik baik dan ikutilah ajaran ajarannya. Rundinglah dengannya mengenai masalah rohani dan agama kamu supaya dapat beliau membimbing kamu ke jalan yg benar serta membawa kamu lebih dekat kepada Allah SWT

Berkata Abdullah bin Muslim, Rasulullah saw bersabda:
"Wahai manusia, Kamu tebarkan salam, berjamulah makanan, hubungkan silaturahim dan kerjakanlah solat waktu malam kala manusia sedang tidur, nescaya kamu akan masuk syurga dengan selamat"
(Riwayat Tirmizi)

Bila kita berubah ke arah kebaikan, Allah akan hadirkan orang yang baik baik sahaja di dalam kehidupan kita. orang yang hadir itu membuatkan kita ini rasa malu sangat sebab kita nie orang yang tiada apa pun. kita ini amalan pun tidak seberapa, berbuat dosa sentiasa...tapi Allah masih hantar kita orang yang baik baik lagi..

Allah Allah Allah....baiknya Engkau dekat kami. tangan yang menadah meminta meminta padaMu ini tangan orang yang pernah melakukan dosa Ya Allah...benarlah Engkau Maha Pengasih Lagi Penyayang. Hebatnya kasih sayang Mu Ya Allah...Engkau mengasihi kami lebih daripada seorang ibu kasihkan anak anaknya. Lebih lebih lagi...

Allahuakbar

blur blur sotong

Spek mata yang errysa pegang terjatuh..aku kutip dan cuba pakai.Bila aku tanya pada emak eryssa iaitu kak liza..beraperasan er dia kak liza..tak pening pun..

kak liza dan errysa terkekek kekek ketawa kan akukerana mereka katakan pada aku, mana ada cermin. ..

sumpah aku tak perasan spek itu tiada cermin. Jadi bahan aku time tue

kisah gambar kawen yang tergantung di dinding


aku selalu ulang ulang bahawa aku banyak berubah dengan adanya anak anak aku. bersyukur aku pada Allah swt atas pinjaman anak anak aku di dunia ini. Anak yang banyak mengubah aku menjadi manusia lebih baik adalah Muhammad Ashraf.  Dia adalah anak yang luarbiasa pada aku. Islam di dalam diri dia telah ada sejak dari dia kecil dahulu. Dia sangat sangat luarbiasa pada aku.

aku pernah ingat suatu ketika dahulu, sewaktu dia suka nak mengambil gambar. Bila dia ingin ambil gambar aku, aku katakan pada dia...jangan...ibu tidak bertudung,,,jangan ambil gambar ibu, dia bertanya kenapa...
aku katakan... ini adalah perintah Allah.. ibu  orang Islam... ibu sayangkan Allah dan takut akan kemurkaan Allah itu harus menutup aurat ibu. aku rasa aku bagitau dia sewaktu umur dia 5 tahun ..

dan pernah sekali, dia ikut aku pergi ke pusat membeli belah, dia ternampak perempuan tidak bertudung... dia pasti tanya aku... islam ke ibu orang itu? bila aku katakan islam...dia akan tanya..kenapa tidak bertudung. dia tak takut Allah ke ibu?

terus aku bagitau dia.... dia belum dapat hidayah anakku..biarkan sayang..jangan kita campur urusan orang lain...
sejak itu dia tidak tanya tanya lagi...

dia pasti akan jawab...oh belum dapat hidayah lagi...

sekarang dia sedang demam. bantu doakan kesihatan dia .

di dalam bilik kami ada gambar perkahwinan kami. dia pandang gambar itu dan dia smash aku depan depan...

Ibu...tak malu ibu dulu pakai macam tue kan ibu? tak tutup aurat. semua tgk ibu waktu ibu kawen.
isteri ashraf nanti ..ashraf nak yang menutup aurat.

aku malu. aku malu anak aku katakan pada aku macam itu. itu baru dari pandangan seorang anak..bukan waktu perhitungan di padang masyar nanti..

anak jer yang bercakap macamtue pedih dia menusuk hati... bayangkan kita di waktu perhitungan kelak.. apa yang kita ada utk kita persembahkan di hadapan DIA nanti..

Ya Allah Ya Tuhanku
dosa aku banyak ya Allah
tapi aku tau pengampunan Mu lagi besar dari dosa aku
ampunkan aku ya Allah

ampunkan dosa dosa hambaMU yang terdahulu dari kami
ampunkan dosa dosa semua wanita wanita yang pernah lalai suatu ketika dahulu ya Allah
ampunkan dosa dosa ibu kandung, ibu angkat, ibu mertua, mak mak saudara, kaum keluarga aku, anak perempuan  aku, adik adik dan adik ipar perempuan aku, sepupu sepupu perempuan aku ,mak sahabat sahabat aku, makcik makcik yang semua aku kenali dan kasihi, pelanggan pelanggan  wanita aku, ibu kepada sahabat sahabat aku, sahabat sahabat aku yang aku kasihi, semua wanita  yang aku kasihi dan yang bertakhta di dalam hati aku... semua nya Ya Allah Kau ampunkan dosa dosa kami...ampunkan dosa dosa kami...ampunkan dosa dosa kami.... kami ini pendosa ya Allah, ampunkan kami ya Allah..kami takut akan azab seksaan mu ya Allah...takutnya kami pada seksaan mu ya Allah..
jauhkan kami dari azab api neraka...dan masukkan kami semua ke dalam syurga firdaus tanpa hisab Ya Allah
sesungguhnya Engkau maha pengampun akan dosa dosa kecil dan besar ya Allah
amin ya rabbal alamin
/

masa merubah segalanya



suatu ketika dahulu, aku adalah ahli bermekap. sangat . tebal betul juga penampilan aku suatu ketika dahulu, mungkin disebabkan suami aku sendiri suka aku berhias. sentiasa memberikan aku duit utk beli barangan mekap aku sendiri. aku ini orangnya cukup sangat nak keluar duit utk diri sendiri..jadi bila pergi ke mall, laki aku sendiri akan tanya...u punya barang mekap ada lagi ke?? dia suka aku berhias....sehinggalah terjadi situasi ini....


aku dan suami aku. kawan kami suami isteri. benar aku di kedai tak lah beria ia bermekap kan...tapi adalah sikit sikit daripada sekarang cuma liptik dan celak sahaja.. bila kami keluar berempat pertama kali kawan suami aku... memuji aku di hadapan isteri nya yang sepatutnya isteri dia pun kene berhias dan bermekap seperti aku.. aku jadi berdosa.

aku terasa sangat berdosa waktu itu. seorang lelaki lain telah memuji aku dihadapan isterinya...

sejak itu aku terus meninggalkan barang barang mekap aku. terus hadiahkan buat adik ipar aku..

Allah Allah Allah..

ampunkan dosa aku Ya Allah...niat aku adalah hendak menyukakan suami aku...tapi suami orang lain telah terpuji aku...

suami aku tanya juga sejak kejadian aku meninggalkan mekap aku... dia pun menerima dengan hati yang terbuka...

alhamdulillah

lambaian haji




Mak dan Allahyarham Haji Tamby Hussin (ayah aku) pergi menunaikan haji waktu aku berumur 6 tahun. Mereka pergi bukan dengan wang dari berniaga..(waktu itu mereka baru berniaga 5  tahun).
mereka dapat duit dari penjualan rumah mak kepada ayah aku . dapat mmg cukup cukup utk pergi haji.

kagumnya aku dekat mak dan Allahyarham ayah aku, dulu kami tak punya rumah. kami duduk rumah peninggalan keluarga Allahyarham Nenek (sebelah ayah lah) rumah kampung dan dihalaman itulah didirikan kedai utk berniaga. kereta cuma ada sebuah van. van utk membeli barang barang berniaga.

boleh bayangkan tak duit durian runtuh yang tiba tiba Allah beri itu mereka gunakan buat pergi haji, sekiranya mereka berdua cintakan dunia, pasti duit itu boleh diguna pakai utk deposit rumah ataupun kenderaan yang baru. tapi menurut kata emak aku, ayah kata...tak tau dengan duit berniaga boleh tak pergi haji...baik gunakan duit yang sejelepok ini utk pergi haji. masya Allah...

jika kita kejar akhirat...nescaya dunia pasti mengikuti kita.... inilah yang terjadi pada Allahyarham ayah aku dan emak aku.

siapa sangka kedai buruk yang hanya jual roti canai dan nasi putih dahulunya sekarang jadi masyur kerana Allahyarham ayah aku sentiasa mendahulukan akhirat.

Inilah pelajaran buat aku....aku kene sentiasa beringat bahawa ayah aku telah meninggalkan pelajaran yang paling hebat buat aku... aku kene selalu mendahulukan akhirat ...dan yakinlah dunia pasti mengikuti kita...


Al FATIHAH BUAT ROH HAJI TAMBY HUSSIN BIN ABDUL MAJID,

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...