Monday, August 25, 2014

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka

Bismillahirahmanirrahim

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka 

-Ar-Ra'd:11-

Aku suka ayat di atas
Aku cukup percaya dalam kehidupan baik utk bekalan di dunia atau akhirat kita perlu renungkan kembali ayat ini.

Aku teringat permulaan aku ingin memulakan perniagaan aku di kedai ini.
Kedai ini adalah kedai yang dibeli oleh arwah ayah aku dan emak aku. hikmah di sebalik kedai aku kene pecah kat kolompo, mereka belikan kedai ini.
Tapi untuk berniaga dan punya lesen MBMB, kedai haruslah di pasang tiles dan kene lah ubahsuai sikit.

Aku mana ada modal waktu itu. Tgh mengumpul duit utk beranak lagi ada. Waktu itu aku sedang mengandungkan Muhammad Ashraf 5 bulan.

Tapi aku yakin pertolongan Allah swt itu ada.
Aku bangun solat malam minta bantuan Dia. Aku tatau datang dr mana, tapi aku yakin bantuan itu ada.

Suami aku waktu itu kerja ulang alik kl - melaka. Gaji pun tak besar mana. Kesian aku tgk dia..sayu dan luluh hati aku tgk dia.
Aku tak pernah pun mintak lebih dr kemampuan dia. Arwah ayah tatau kesusahan kami, sebab aku cukup jaga aib suami. Gaji suami aku berapa pun mak pak aku tatau.
Check up aku..
Aku buat 2 tempat waktu tue. Arwah ayah suruh beranak kat mahkota.medical centre. Aku tau suami aku x mampu
Aku pergi check up kat klinik kesihatan . Ada buku pink 

Alhamdulillah. . Muhammad Ashraf selamat dilahirkan di Mahkota Medical centre. (Rezeki yang tak putus putus, dari Allah swt)

Aku masih lagi solat malam mintak pertolongan Allah bagi jalan mana aku nak dapat modal utk berniaga.

Alhamdulillah. Allah bagi ilham aku berniaga di pasar ramadhan telok mas. Di situlah pertama kali aku berniaga. .ambik jer nasi beriani. .modal aku cuma ayam sahaja.
Baik tak mak pak aku. syurga firdaus mmg milik mereka insya Allah.

Cukup 28 hari berniaga...aku pun dapat kumpul modal utk renovate kedai dan beli barang barang kedai.

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka -Ar-Ra'd:11-

Sebab itu aku suka ayat iini. Kawan kawan aku ada kata mereka susah, Allah kan ada..., mintak pertolongan Dia. Dan bila mintak tak semestinya tak bergerak. .kene berusaha.

Kene berusaha sehabis baik.

Aku tgk kawan kawan aku kat kolompo, walaupun laki bekerja, dia bekerja. .masih lagi buat kueh buat kek. .jual tudung menjahit. .macam macam cara buat demi nak membantu meningkatkan ekonomi keluarga.

Sebab kalau kita tak bermula sekarang. .kita takkan bermula sampai bila bila... aku bersyukur sangat sangat aku dah mula bergerak dari dulu...walaupun perlahan sekurang kurangnya aku bergerak. .

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...