Monday, August 11, 2014

Bulan Ramadhan 2014 punya cerita

Alhamdulillah taun ini ALLAH beri rezeki luar biasa dari tahun lepas. Allah hantar seorang lagi HambaNya yang pemurah untuk bersedekah NASI beriani kami ke 4 buah masjid di sekitar bandar Melaka selama sebulan. Allah memberikan rezeki melalui hambaNya yang lain. Aku jadi malu atas kebaikan yang tak putus putus dari Allah. Aku tak rasa aku cukup layak kerana aku ini hambaNYA Yang berdosa, malu sangat sangat sehinggakan air mata ini tak putus putus mengalir bila dikenang kenangkan atas rahmat ini. Aku jadi segan pada hamba Allah ini, aku tau dia adalah asbab. tapi kebaikan dia sangat sangat besar ertinya pada kami sekeluarga. ini kisah yang akan di ulang ulang. akan aku ceritakan pada anak cucu aku nanti... supaya namanya sentiasa segar mengharum walaupun satu masa nanti beliau tiada, biar malaikat sentiasa mencatit kebaikan kebaikan yang beliau lakukan... Allahuakbar selain daripada itu, antara kenangan manis yang akan aku kenang sepanjang hidup aku ini nanti adalah anak anak aku yang sama sama menolong . Aku tak pernah memaksa anak anak aku, tapi ini adalah apa yang pernah aku lalui suatu ketika dahulu, zaman aku kecik kecik dahulu aku pun biasa sangat tolong ALLAHYARHAM ayah aku di kedai. buat baik balasannya baik kembali. amal kebajikan meresap masuk ke dalam jiwa anak anak

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...