Monday, August 25, 2014

“Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah.” (HR Muslim)



Suatu ketika dahulu sewaktu aku belum menutup aurat aku, pandangan hamba Allah pada aku adalah seperti pandangan yang hina.

Baik dari lelaki atau pun perempuan. 

Sekiranya ianya dari lelaki, akan kedengaran lah suwit suwit yang macam ntah apa apa ntah

Tapi sekiranya dari perempuan, jelingan yang tidak suka.

Alhamdulillah hari ini syukur pada Allah swt, hari ini bila aku lalu... suara suara nakal itu dan pandangan itu tiada lagi...

Mana mana lelaki yang aku jumpa tak kira di mana tapi selalunya di pasar.

Mereka pasti akan memulakan salam.

Assalamualaikum kak..

Assalamualaikum Nak (kalau dari makcik yang lebih umur dari aku)

Betapa hebatnya kuasa Allah. Bila kita jaga aurat kita, Allah jaga pandangan manusia pada kita.

Allah Allah Allah

Subhanallah maha suci Allah

Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Dari Ummu Salamah, sesungguhnya Rasulullah S.A.W. bersabda: Siapapun perempuan yang melepaskan pakaiannya bukan di rumahnya sendiri, maka Allah akan merobek daripadanya tabirnya.”
(H.R Ahmad, Abu Ya’la, Tabrani dan Hakim).

Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Sesungguhnya termasuk ahli neraka iaitu perempuan-perempuan berpakaian tetapi telanjang (dedah aurat) yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk berbuat maksiat. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.”
(H.R. Muslim)



LUASNYA PINTU KEAMPUNAN ALLAH SWT

Daripada Anas ra berkata : “ Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda ; Allah Taala telah berfirman ; Wahai anak Adam, sesungguhnya selagi mana engkau memohon ampun kepadaku dan mengharapkan rahmatku daripada apa yang berlaku ke atasmu dari dosa-dosa, maka aku tidak peduli. Wahai anak Adam, jika sekiranya kesalahan-kesalahanmu sampai memenuhi langit sejauh mata memandang, kemudian engkau memohon keampunanku, nescaya aku akan mengampunkanmu. Wahai anak Adam, jika sekiranya engkau datang kepadaku dalam keadaan dosa memenuhi bumi, dan engkau tidak menyengutuiku dengan sesuatu, nescaya aku akan menyambutmu dengan sepenuhnya juga daripada keampunan.” - Riwayat at-Tirmizi, Hadis Hasan Shahih.

2 comments:

  1. Alhamdulillah...saya rasa bukan pandangan yang hina. Cuma biasalah orang suka mengusik. Masyarakat kita pun memang suka menghukum. Happy pulak baca entri ni hihi. Btw salam kenal dari saya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam perkenalan kembali.

      terima kasih kerana sudi singgah kat blog saya ini. semoga kita mendapat manfaat dari perkenalan kita ini insya Allah ;)

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...