Monday, November 10, 2014

Kisah aku kari dan ikan


Aku mula masak kari ikan waktu aku berniaga di kolompo dulu.. mmg sangatlah kesukaan pelanggan aku dengan kari ikan aku.
Sehinggalah aku ditakdirkan pulang ke melaka... aku hanya masak kari ikan ini utk keluarga sahaja.
Arwah ayah cukup suka.. dia kalau aku masak kari ikan, kuah yang lebih tue dia simpan bawak ke bilik, malam malam dia nak cicah roti gardenia katanya. ..
Selepas arwah ayah dah tiada, kami rapat dengan tuan guru ayah, Ustaz Ahmad bin Wahab. Pemakan juga orangnya. . Suka beli ikan fresh kat Pantai Puteri. ..bila beliau bagi aku ikan. . Aku masakkan jadi kari.. antar lah kami ke rumah ustaz ...
Cukup suka betul ustaz kari ikan aku, pantang ke pantai puteri, mmg tak segan segan nak suruh aku masakkan kari...
Tuan Guru ilmu berniaga pula, nak dijadikan cerita, bonda tuan guru pun cukup suka...dapat dapat bila masak kan kepala. .. kepala ikan ya... jadi aku pun dah tau kegemaran bonda... bila ada rezeki jer...mmg lah kari ikan depan mata..
Hari ini aku masak kari ikan juga. . Untuk tetamu istimewa. .
Betapa lega nya hati aku...bila yang makan cukup berselera. . Ulang kali puji kata cukup sedap terasa ..
Hidup sebenarnya bukan lah nak sangat dipuji. .
Sebab kita tau pujian itu yang layak kita kembalikan kepada Allah swt kembali. .
Tapi ia lebih tentang adab dan akhlak yang menerima. .
Untuk menyenangkan hati yang memberi. ..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...