Sunday, September 21, 2014

bila nampak ibu



pantang betul nampak muka ibu...inilah reaksi dia....

sehingga sekarang ibu masih ratu hati dia

mintalah pertolongan pada Allah swt...bukan meminta meminta pada manusia

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; (Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.(2:45-46)


Hari ini pekerja aku datang jumpa aku beritahu pada aku, yang dia ingin berhenti kerja. Permit dorang sedang di uruskan tapi dia katakan kalau boleh jangan teruskan kerana dia ingin berhenti. bila dia ingin berhenti, abang dia pun akan balik sekali sebab mereka datang dua beradik. yang abang datang ke sini sebab ingin menemankan adiknya . Aku pun terang kan dia dengan sebaik mungkin kalau dah fikir masak masak ingin berhenti... aku boleh terus kol agent utk jangan teruskan permohonan utk sambung permit kerja. aku bagitau terang terang, sekiranya dah dimatikan permit peluang utk datang kembali adalah sangat susah dan banyak proses nya kembali. fikir masak masak,,aku takkan tahan sekiranya nak pulang,,,, pulanglah,

Aku adalah Hamba Allah yang tidak dijadikan utk hidup merayu rayu dan meminta meminta kepada makhluk. semua pekerja kalau nak berhenti ...berhentilah...takkan aku naik kan gaji ke...pujuk ke atau apa apa lah. Aku tau setiap yang berlaku akan ada baiknya nanti Allah berikan pada aku. 6 tahun lebih kurang aku dah berniaga. boleh bayangkan berapa banyak pekerja yang aku dah ada. setiap kali pekerja aku berhenti...aku tak berhenti berdoa pada Allah yang Dia pasti menggantikan yang lebih lebih baik. betul,...aku dapat yang lebih lebih baik. 2 beradik ini adalah yang terbaik aku pernah ada. sebelum dia adalah bekas pekerja allahyarham ayah aku, dia angkat kaki sebab aku marah dia. buat dging mertabak masin. bila setiap meja yang order murtabak tak makan...aku tanya kepada customer kenapa? mereka katakan masin...

jadi aku suruh dia betulkan.... besoknya masih cerita yang sama.... aku kumpulkan murtabak tue aku leak kat depan dia. aku cakap kalau ko boleh makan...aku ambil duit setiap customer aku... 

dia terus angkak kaki dah pergi. sehari lagi aku ade tempahan orang kawen. waktu itu mak dan suami aku menggelabah. aku mmg belum pernah masak kenduri sebanyak 1500 orang. mak dan suami aku takut rosak majlis orang. tukang masak ayah aku tue mmg dah lama dah ,,pakar sangat kan...

aku pesan kat mak dan laki aku...jangan pergi carik dia...aku boleh buat... tapi mak dan laki aku tetap pujuk dia. dia tetap tak datang juga...

hari kenduri tiba jua.... aku seperti biasa ambil wuduk dan solat sunat. aku mintak pertolongan pada Allah swt. aku takde daya dan kuasa dan kekuatan mahupun kepandaian....tapi ini majlis orang...orang yang beriman kepada mu Ya ALLAH... aku ini penuh dengan dosa...jangan Kau timpakan dosa aku pada hamba ALLAH yang tempah nasi dekat aku. menangis nangis aku meminta pertolongan Allah... 

aku pun angkat senduk...baca bismillahitawakaltuallalah walahaulawaquwataillabillahilaliyulazim.

alhamdulillah.... aku dapat masak 1500 buat pertama kali dengan izin Allah swt...


sekarang aku biasakan setiap kali kalau aku ada masak kenduri kahwin ..aku pasti solat dulu minta pertolongan pada ALLAH swt... insya ALLAH ..pasti dipermudahkan  

Wednesday, September 3, 2014

belanja resepi GULAI IKAN MERAH BUBUH TIMUN


memula skali blender bawang merah, kunyit hidup dengan cili padi thai warna merah. (ikut suka nak pedas mana...nak pedas bubuh lah banyak kan)

pastue didihkan atas dapur sampai kering...bubuh air lagi...masukkan asam keping dan timun...agak agak timun nak empuk masukkan santan cair..

pastue masukkan ikan ...

akhir sekali masukkan santan pekat. ikut sukalah nak pekat ke cair ke,,, kalau nak cair...tambah air..

tapi sedap pekat lah kan...


segalanya dengan izin Allah swt.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...