Monday, August 25, 2014

“Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah.” (HR Muslim)



Suatu ketika dahulu sewaktu aku belum menutup aurat aku, pandangan hamba Allah pada aku adalah seperti pandangan yang hina.

Baik dari lelaki atau pun perempuan. 

Sekiranya ianya dari lelaki, akan kedengaran lah suwit suwit yang macam ntah apa apa ntah

Tapi sekiranya dari perempuan, jelingan yang tidak suka.

Alhamdulillah hari ini syukur pada Allah swt, hari ini bila aku lalu... suara suara nakal itu dan pandangan itu tiada lagi...

Mana mana lelaki yang aku jumpa tak kira di mana tapi selalunya di pasar.

Mereka pasti akan memulakan salam.

Assalamualaikum kak..

Assalamualaikum Nak (kalau dari makcik yang lebih umur dari aku)

Betapa hebatnya kuasa Allah. Bila kita jaga aurat kita, Allah jaga pandangan manusia pada kita.

Allah Allah Allah

Subhanallah maha suci Allah

Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Dari Ummu Salamah, sesungguhnya Rasulullah S.A.W. bersabda: Siapapun perempuan yang melepaskan pakaiannya bukan di rumahnya sendiri, maka Allah akan merobek daripadanya tabirnya.”
(H.R Ahmad, Abu Ya’la, Tabrani dan Hakim).

Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Sesungguhnya termasuk ahli neraka iaitu perempuan-perempuan berpakaian tetapi telanjang (dedah aurat) yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk berbuat maksiat. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.”
(H.R. Muslim)



LUASNYA PINTU KEAMPUNAN ALLAH SWT

Daripada Anas ra berkata : “ Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda ; Allah Taala telah berfirman ; Wahai anak Adam, sesungguhnya selagi mana engkau memohon ampun kepadaku dan mengharapkan rahmatku daripada apa yang berlaku ke atasmu dari dosa-dosa, maka aku tidak peduli. Wahai anak Adam, jika sekiranya kesalahan-kesalahanmu sampai memenuhi langit sejauh mata memandang, kemudian engkau memohon keampunanku, nescaya aku akan mengampunkanmu. Wahai anak Adam, jika sekiranya engkau datang kepadaku dalam keadaan dosa memenuhi bumi, dan engkau tidak menyengutuiku dengan sesuatu, nescaya aku akan menyambutmu dengan sepenuhnya juga daripada keampunan.” - Riwayat at-Tirmizi, Hadis Hasan Shahih.

ceritakan anakku



Muhammad Ashraf,
Satu hari nanti kau akan jadi abah juga anakku
Kau akan ulang ulang cerita akan kenangan antara engkau dan abahmu

Dimana abah ini sentiasa pimpin tanganmu utk membawa kamu ke masjid

Di mana abah inilah yang selalu membetulkan kopiah mu

Di mana abah inilah yang sentiasa solat di sebelahmu.

Ceritakan anakku

Ceritakan pada anak cucu kamu

Ceritakan pada anak anak sahabat kamu

Ceritakan akan kebaikan abah kamu sambil pimpin tangan anakmu ke masjid nanti ya anakku...


Sebab tujuan kita hanya satu..berkumpul kembali di syurga firdaus yang yang dirindu

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka

Bismillahirahmanirrahim

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka 

-Ar-Ra'd:11-

Aku suka ayat di atas
Aku cukup percaya dalam kehidupan baik utk bekalan di dunia atau akhirat kita perlu renungkan kembali ayat ini.

Aku teringat permulaan aku ingin memulakan perniagaan aku di kedai ini.
Kedai ini adalah kedai yang dibeli oleh arwah ayah aku dan emak aku. hikmah di sebalik kedai aku kene pecah kat kolompo, mereka belikan kedai ini.
Tapi untuk berniaga dan punya lesen MBMB, kedai haruslah di pasang tiles dan kene lah ubahsuai sikit.

Aku mana ada modal waktu itu. Tgh mengumpul duit utk beranak lagi ada. Waktu itu aku sedang mengandungkan Muhammad Ashraf 5 bulan.

Tapi aku yakin pertolongan Allah swt itu ada.
Aku bangun solat malam minta bantuan Dia. Aku tatau datang dr mana, tapi aku yakin bantuan itu ada.

Suami aku waktu itu kerja ulang alik kl - melaka. Gaji pun tak besar mana. Kesian aku tgk dia..sayu dan luluh hati aku tgk dia.
Aku tak pernah pun mintak lebih dr kemampuan dia. Arwah ayah tatau kesusahan kami, sebab aku cukup jaga aib suami. Gaji suami aku berapa pun mak pak aku tatau.
Check up aku..
Aku buat 2 tempat waktu tue. Arwah ayah suruh beranak kat mahkota.medical centre. Aku tau suami aku x mampu
Aku pergi check up kat klinik kesihatan . Ada buku pink 

Alhamdulillah. . Muhammad Ashraf selamat dilahirkan di Mahkota Medical centre. (Rezeki yang tak putus putus, dari Allah swt)

Aku masih lagi solat malam mintak pertolongan Allah bagi jalan mana aku nak dapat modal utk berniaga.

Alhamdulillah. Allah bagi ilham aku berniaga di pasar ramadhan telok mas. Di situlah pertama kali aku berniaga. .ambik jer nasi beriani. .modal aku cuma ayam sahaja.
Baik tak mak pak aku. syurga firdaus mmg milik mereka insya Allah.

Cukup 28 hari berniaga...aku pun dapat kumpul modal utk renovate kedai dan beli barang barang kedai.

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka -Ar-Ra'd:11-

Sebab itu aku suka ayat iini. Kawan kawan aku ada kata mereka susah, Allah kan ada..., mintak pertolongan Dia. Dan bila mintak tak semestinya tak bergerak. .kene berusaha.

Kene berusaha sehabis baik.

Aku tgk kawan kawan aku kat kolompo, walaupun laki bekerja, dia bekerja. .masih lagi buat kueh buat kek. .jual tudung menjahit. .macam macam cara buat demi nak membantu meningkatkan ekonomi keluarga.

Sebab kalau kita tak bermula sekarang. .kita takkan bermula sampai bila bila... aku bersyukur sangat sangat aku dah mula bergerak dari dulu...walaupun perlahan sekurang kurangnya aku bergerak. .

sayang menantu marah anak.... itu orang kami

[Sebelum pakai tepung roti..kene belajar pakai tuala good morning.!]

Dulu aku kecik kecik selalu duduk sebelah arwah ayah aku, ayah ajar aku tebar tuala good morning tue.

Skang kasi aku tebar roti....mmg tadahal lah kan.. 

Anak arwah ayah yang pandai tebar roti hanyalah aku seorang.
Sebab aku mmg selalu dgn ayah. Aku mmg anak ayah. Aku sayang ayah.

Sampaikan waktu dia dah xbrapa nak kuat nak berdiri lama duduk tebar roti. ..aku yang ada kat sebelah dia ..dia dah tebar..aku tepek tepek dan goreng roti itu.

Nolstagia sungguh..

Ini adalah percubaan nazli utk belajar tebar roti.

Kan dah kata dia dgn ayah macam anak.
Dia boleh duduk dgn ayah, makan semeja dgn ayah, keluar berdua dgn ayah ...

Aku kagum dengan arwah ayah aku. Waktu aku nak bernikah dgn Nazli, dia dan emak aku tau yang Nazli masih lagi belajar.

Dia adalah orang lama lama dahulu yang nikah kan anak
Dia tau akan ada rezeki Allah swt tentukan buat kami selepas kawen nanti

Dia x sibuk sibuk nak heran bakal suami mesti gaji besar, kereta besar.

Asalkan anak dia ada orang jaga bila dia dah takde
itu dah cukup menyenangkan hati dia.

Al Fatihah buat roh arwah Haji Tamby Hussin bin Abdul Majid.

Sunday, August 24, 2014

Tauhu dengan kuah kacang

Emak suka sangat nie. Tauhu mesti yang kecik..jangan tauhu besar...tak cukup best. kalau tauhu kecik dia lembik putih dia dan masin sikit

nie resepi tauhu dengan kuah kacang

tauhu belilah berapa banyak nak
timun
taugeh (celur dulu taugeh)

kuah kacang

cili kering satu mangkuk
2 biji bawang besar
1 labu bawang putih
2 batang serai
3 biji buah keras
(semua bahan bahan nie kasi blender)
gula melaka
1 keping asam gelugur
1 mangkuk santan
1 mangkuk kacang tanah (boleh dibeli di kedai jual barang kek..kalau xde kedai dekat dekat tumbuk ler sendiri)
garam secukup rasa

memula panaskan minyak. Tumis bahan bahan yang dikisar....biar sampai wangi,...masukkan kacang tanah.
masukkan asam gelegur santan garam dan gula merah

kacau sentiasa...

rasa mesti ada masam dan manis...

selamat mencuba

dari buku Cinta Kerana Allah

"Jika bersedekah, niatkan atas nama dan bagi pihak isteri mu. Bantulah mereka dengan pahala sedekah kerana ramai isteri yang akan menjadi penghuni Neraka"

Masih terngiang ngiang kata kata seorang ustaz sewaktu memberi kuliah di masjid Putrajaya


Resepi Bihun goreng singapura

Hari ini aku baik sangat. hari hari pun aku baik sebenarnya lalalalalalalala

Aku nak belanja resepi pada korang semua. eleh...resepi bihun goreng jerr pun... ngeh ngeh ngeh

bahan bahannnya

1 bungkus bihun jenama SUFI ( produk muslim yang diyakini Halal dan sumpah lembut bihunnya)
1 labu bawang putih
1/2 sudu besar lada putih serbuk
1/2 kiub pati ayam
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap masin
ayam bahagian dada dipotong kecil
sotong
udang
fishball fishcake
carrot
kobis putih
sawi pendek




memula panaskan kuali bubuhkan minyak.
masukkan bawang putih yang diblender dan sampai wangi masukkan lada putih.
masukkan ayam..ayam empuk masukkan sotong dan udang
masukkan fishball fishcake sayur sayuran
masukkan sos tiram kicap masin

akhir sekali masukkan bihun goreng

hiaskan dengan daun sup dan daun bawang,.
boleh tabur telur dadar yang diracik racik (kalau rajin terlebih)

selamat mencuba

Friday, August 22, 2014

nikmat kelapangan masa

Nikmat kelapangan masa. Boleh bersama sama solat berjemaah, boleh bersama sama wirid bersama sama tanpa terikat dengan tuntutan kerja. X percaya?? Tanya semua orang yang berniaga. Tidak berani nak berniaga? ? Pergilah seminar Dr Azizan Osman. Nanti beliau ajar nak BERANI BERNIAGA.  Lagi bagus pergi Seminar IMKK dulu... cuba pergi seminar itu dulu...dengan izin Allah swt berani lah berniaga nanti
Bekerja sendiri banyak kelebihannya. Masa itu kita yang uruskan.

kejarlah akhirat insya Allah dunia pasti mengikuti kita

biar gambar ini berbicara suatu hari nanti...





Rasullullah saw. pernah bersabda kepada istrinya, Aisyah radhiyallahu 'anha. Kata Nabi saw,

Berkenaan dengan kasih sayang terhadap anak, Rasulullah saw. menegaskan,

"Sesungguhnya pada setiap pohon terdapat buah dan buahnya hati adalah anak. sesungguhnya Allah tidak akan mengasihi mereka yang tidak mengasihi anaknya. Dan demi nyawaku yang berada di tangan-Nya, tidak akan masuk surga kecuali orang yang memiliki sifat kasih sayang." (HR al-Bazzaar)
Sudahkan anda peluk dan cium anak anda dengan penuh cinta hari ini .. ?

Balik rumah jer dah diterkam nya aku. macamlah aku pergi lama nau...

Bila kita mengasihi...kita akan dikasihi...

Wednesday, August 20, 2014

[Khas buat lelaki] Masih ingatkah kita lagi waktu kita kecil kecil dulu bila kita demam dan sakit... lenakah tido seorang ibu?? Lena kah tido seorang isteri??? 

Bila anak anak demam, pernahkah si ibu dan si isteri menyerahkan bulat bulat kerja itu buat encik suami. Sebab itu kasih ibu tidak bertepi Pengorbanan isteri haruslah di hargailah. 

Kerana mereka adalah ibu kepada anak anak kita mereka adalah teman di saat suka dan duka Mereka setia di saat suami tak punya apa apa Mereka bahagia bila kau dah punya segalanya.. 

Ibu dan isteri tidak pernah meminta di binakan istana di dunia... Mereka pinta kau pimpinlah mereka jalan jalan menuju ke syurga Sebab kami semua tau dunia ini sementara Yang kekal abadi di akhirat sana. 

Bantulah mereka utk ke syurga Pimpinlah mereka supaya mereka tidak tergelincir ke neraka Kalau sayangkan isteri sewaktu di dunia Biarlah isteri itu menemani mu nanti di syurga sana Barulah itu sebenarnya cinta Cinta yang membawa kita kembali di sana...

Monday, August 18, 2014

kita mencipta cerita kita sejarah kita


 bismillahirahmanirahim. masih lagi cerita tentang kisah sembang aku dengan sahabat aku tadi. aku katakan pada dia, kita ini sedang mencipta kisah kita. kisah keluarga kita. kita bukan ikut dan cedok bulat bulat apa kenangan kita sewaktu kita kecil kecil dahulu. benar...banyak baiknya ibu dan ayah kita suatu ketika dahulu. banyak sangat.... dan kita sedang mencipta lebih lebih banyak lagi untuk anak anak kita pula... jangan jadikan emosi dan hasutan syaitan merosakkan apa yang anak anak kita telah dapat sebelum sebelum ini. anak anak yang bahagia dan ceria datangnya dari ibu dan ayah yang bahagia. jangan kita rosakkan masa depan mereka dengan karangan cerita kita sekarang.. yang sedang kita karang sekarang. laluilah hari hari mendatang dengan
cerita yang best best ttg kita insya ALLAH masa depan anak anak kita pasti bahagia

kebahagian anda tidak bergantung pada orang lain...

tapi pada diri sendiri... Bismillahirahmanirahim. bila kita di uji dengan sesuatu ujian, kita selalu lupa yang Allah itu ada. Allah sedang memerhatikan kita. kita sentiasa lupa. bila kita dalam keadaan marah, sedih, kita selalu membuat apa sahaja tanpa kita sedari Allah itu sedang memerhati. iman kita lemah. lemah sangat. ujian yang sedikit pun kita tak mampu nak handle. syukur kita nie disuruh istigafar berulang kali supaya kita tak terus hanyut dengan dosa. hari ini aku berjumpa dengan seseorang yang dekat dengan aku. tak sangka cerita beliau sama dengan aku. tak sangka. bila aku berikan dia nasihat...ia seolah olah aku sedang menasihati diri ini. aku ingat kata kata Allahyarham Tuan Guru Aku, USTAZ HAJI AHMAD BIN WAHAB, sabar tau..sabar... betul...aku kene sabar. sombongnya aku kalau aku tak kuat menghadapi ujian ALLAH. Bukankah umat terdahulu sebelum aku lagi hebat ujian mereka... rakyat palestine lagi besar ujian mereka.,. Ya ALLAH yA Tuhanku... ampunkan dosa dosa aku dan dosa dosa semua wanita di muka bumi ini. kami ini sangat lemah ya Allah. kami kadang kadang kami terhasut dengan syaitan durjana ya ALLAH. sepatutnya peristiwa ISRAK MIKRAJ menjadi pelajaran buat kami ya ALLAH...penghuni neraka adalah WANITA @ PEREMPUAN. itu sepatutnya menjadi ingatan dan pelajaran kepada kami semua ya ALLAH. AMPUNKAN KAMI SEMUA WANITA WANITA AKHIR ZAMAN INI YA ALLAH

Sunday, August 17, 2014

kisah kami serupa cuma tahun berbeza

Sejarah berulang kembali, 34 tahun dahulu, aku di bela oleh sepasang suami isteri yang menjaga aku dgn penuh kasih sayang walaupun bukan Dari darah daging sendiri.. Hari ini, aku pula ditakdirkan Oleh Allah SWT Mendapat SIti Jauharah. Anakku, Kita adalah cerita yang sama Cuma pd tahun yang berbeza. Bersyukur pd Allah atas takdir yang di beri. Engkau adalah hadiah @ amanah dr Allah SWT buat ibu

Monday, August 11, 2014

Sebaik baik dakwah ialah uswatunhasanah (contoh yang baik) kita mulakan dari ahli keluarga anak anak kita dahulu

Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani

Baiknya Allah dekat kami


Allah SWT telah beriman "Barangsiapa yang bersyukur, maka Aku akan tambah nikmat baginya dan barangsiapa yang kufur sesungguhnya azabKu amatlah keras" Bila tgk periuk pun boleh nangis..sebab permulaan aku meniaga kat kedai nie cuma satu thermos jee..thermos nasi beriani tue pun ambil kat kedai lama arwah ayah aku (Al Fatihah buat roh arwah haji Tamby Hussin bin Abdul Majid) Ayah lah yang bagi aku setiap hari satu thermos...dia bagi jer. Modal aku adalah daging kambing dan ayam. Dia nak bantu anak dia meniaga. Lama aku ambil nasi dari kedai dia.. Sebab itu aku cakap aku tgk periuk nie aku boleh nangis.. Nangis sebab baiknya Allah dekat aku..dekat kami anak beranak.

Bulan Ramadhan 2014 punya cerita

Alhamdulillah taun ini ALLAH beri rezeki luar biasa dari tahun lepas. Allah hantar seorang lagi HambaNya yang pemurah untuk bersedekah NASI beriani kami ke 4 buah masjid di sekitar bandar Melaka selama sebulan. Allah memberikan rezeki melalui hambaNya yang lain. Aku jadi malu atas kebaikan yang tak putus putus dari Allah. Aku tak rasa aku cukup layak kerana aku ini hambaNYA Yang berdosa, malu sangat sangat sehinggakan air mata ini tak putus putus mengalir bila dikenang kenangkan atas rahmat ini. Aku jadi segan pada hamba Allah ini, aku tau dia adalah asbab. tapi kebaikan dia sangat sangat besar ertinya pada kami sekeluarga. ini kisah yang akan di ulang ulang. akan aku ceritakan pada anak cucu aku nanti... supaya namanya sentiasa segar mengharum walaupun satu masa nanti beliau tiada, biar malaikat sentiasa mencatit kebaikan kebaikan yang beliau lakukan... Allahuakbar selain daripada itu, antara kenangan manis yang akan aku kenang sepanjang hidup aku ini nanti adalah anak anak aku yang sama sama menolong . Aku tak pernah memaksa anak anak aku, tapi ini adalah apa yang pernah aku lalui suatu ketika dahulu, zaman aku kecik kecik dahulu aku pun biasa sangat tolong ALLAHYARHAM ayah aku di kedai. buat baik balasannya baik kembali. amal kebajikan meresap masuk ke dalam jiwa anak anak

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...