Wednesday, October 7, 2015

The love between a mother and her children is forever

Aku pernah menangis berputus asa

Aku pernah merasakan usaha yang aku buat sia sia

aku pernah rasakan aku gagal dalam menjalankan tanggungjawab aku sebagai ibu

tapi aku lupa , sehebat mana pun aku telah cuba, takdir Allah tidak boleh aku lari darinya .

aku lemah tanpa pertolongan Dia

Anakku Siti Jauharah

benar, bukan ibu yang melahirkan kamu
tapi kenapa engkau tidak dapat merasakan kasih sayang ibu
telah ibu cuba sedaya upaya untuk membahagiakan kamu
tapi ada sahaja yang engkau buat utk menarik perhatian ibu

waktu ibu mengambil kamu dahulu
ibu tidak pernah langsung bertanya tentang keadaan kamu
bila sepupu ibu kata, ada anak yang ditinggalkan di rumahnya tidak mampu untuk di bela
ibu dan emak tok mu terus pergi ke johor untuk mengambil kamu di sana

abah mu ini dahulu tidak setuju dengan tindakan ibu
tapi atas rasa kasih dan kasihan ibu terus pergi nekad mengambil kamu
ibu pekakkan telinga atas kata kata buruk tentang kamu
ibu sanggup hadapi segala nya untuk kamu

masih ibu ingat lagi waktu ingin membuat surat kelahiran kamu
sana sini keluarga tidak suka akan kehadiran kamu
dikatakan jangan letak nama abah mu sekarang
ibu bertegang leher tak kisah letak nama ibu pun ibu sanggup utk kamu

Anakku Siti Jauharah
waktu mendaftar kali pertama utk ke sekolah tadika dulu
bila cikgu itu melihat surat beranak kamu
terperanjat cikgu itu, mengatakan berani nya ibu mengambil anak angkat seperti kamu
ibu marah cikgu itu, ibu kata,bagaimana engkau menjadi seorang cikgu
anak yang lahir itu tidak berdosa
kita lah yang akan mencorakkan mereka
ibu katakan pada dia, saya juga anak angkat yang dibela , apa beza anak angkat dan anak kandung sebenarnya???

pernah sekali seorang customer
datang kedai bertanya tentang kamu juga
ibu tidak mengandung tiba tiba ada kamu dah besar di mata
dia kata, sudah periksa kah penyakit kamu?
dia ada kawan yang bela anak angkat seperti kamu
tiba tiba dah sayang, ada hiv pula

aduh , terus ibu bawa kamu pergi periksa darah kamu
untuk membuktikan kepada semua yang kamu anak terpelihara dari penyakit yang bahaya
berdoa sungguh sungguh ibu pada yang ESA
Makan tak lalu, minum terasa perit di dada

alhamdulilah keputusan keluar, ibu tersangatlah lega


anakku Siti Jauharah
bila engkau jaja bercerita
tentang ibu ini tidak sayangkan kamu
kamu sibuk dengan kisah kisah anak angkat mu
dengan sesiapa sahaja engkau jumpa engkau bangga kau bagitau ibu ini bukan iby kamu


tahukah engkau yang ibu ini sangat terluka????

kerana ibu ini lah yang bersungguh sungguh yang ini membela kamu
kerana ibu tahu kisah kita sangat serupa

ditakdirkan Allah menumpang kasih sayang bukan dari keluarga sama darah dengan kita
tapi hidup kita sebenarnya akan bahagia
jika bahagia itu yang kita carik sebenarnya

sejarah berulang lagi

Dulu Waktu Aku sebaya Umur Anak Aku, ayah pernah menolong seorang perempuan OKU bernama "Munah" . Ayah dan Emak membela Dia , Dan di letakkan di Kedai ayah dulu . Dia Membantu kami Dengan membasuh cawan .

Nak Tahu kisah malang dia ? Dia di rogol Dan sedang mengandung Kan anak . 

Ayah Lah yang Membawa Dia tinggal bersama Sama kami Di Kedai ayah dahulu .

Aku masih ingat Lagi , Kak Munah adalah OKU cacat Akal. Kadang kadang di serang Sawan Babi. Berbuih buih mulut Dia Tiba Tiba tidak sedarkan diri . Aku Selalu Duduk dengan Kak Munah itu . Beliau suka Kumpul duit 50 sen sekeping Dan di Simpan Dalam Satu tangan yang di ikat .

Gambar di Atas Bukan Kak Munah . Itu cerita Arwah ayah Aku .

Gambar di atas Adalah cerita Aku . Nama Perempuan di Sebelah Aku Adalah Ita, beliau mengandung 6 Bulan sekarang . Beliau Sudah kematian Suami . Allah hadirkan Beliau ingin meminta pekerjaan dengan Aku . Aku ambil Dia bekerja . Aku ambik Dia tinggal di Rumah kami.

Kisah hampir Sama dengan kisah arwah ayah Aku .

Dan anak anak Aku sekarang menyaksikan Apa yang sedang berlaku ?

Mungkinkah anak anak Aku akan mengulangi sejarah atuk Dan Ibu nya kembali ???

Memahami #ertihidupadalahmemberi

Bila Kita mengasihi , Kita akan di kasihi


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...