Thursday, October 9, 2014

air rebusan nasi arab



setiap kali aku terpandang kan air rebusan ini, atau setiap kali aku memasak nasi arab, aku pasti teringat kan akan kisah air rebusan ini.

Aku orangnya susah ingin membuka mulut meminta pertolongan. Sekiranya aku mampu buat, aku buat. Kadang kadang sahaja aku minta bantuan pekerja lelaki aku. 

Ditakdirkan satu hari, aku ingin mengangkat periuk berisi air rebusan ini ke tempat lain kerana aku kekurangan dapur memasak. Aku terlepas dari tangan periuk ini sehinggalah air rebusan yang panas ini jatuh ke kedua dua belah kaki aku.

Saat itu, aku rasakan kebas yang teramat sangat. Pijar pedih kebas sakit sehingga ke kepala...dan air mata aku meleleh tanpa henti.

Aku bukannya ingin menangis menagih simpati. .tapi mungkin disebabkan kesakitan yang teramat sangat yang ditanggung oleh badan, air mata itu meluncur laju...laju turun nya tanpa henti..

Aku terus istighfar banyak banyak. Tak henti henti aku istighfar meminta keampunan Allah swt.

Dalam kepala aku waktu itu adalah memikirkan dosa aku yang manakah yang Allah ingin ampunkan? ?

Dosa kaki aku melangkah ke tempat maksiat yang manakah yang Allah ingin hapuskan? ??

Sehinggalah pekerja aku datang dan terperanjat melihat aku...
Dan membersihkan segala yang bergelimpangan itu.

Tanpa kata apa apa, aku pulang ke rumah tanpa memakai selipar. Aku lucutkan stoking dan aku berjalan dengan berkaki ayam kerana pijar sangat sehinggakan aku tak boleh menyarung selipar lagi.

Baliknya aku sapu minyak ayam...dan aku terus istighfar dan terus tdo dalam kesakitan.

mudah mudahan dengan musibah yang sedikit itu, penghapus dosa dosa yang pernah aku lakukan .

Ya Allah ampunkan dosa dosa kami ya Allah. ..

Kami takut akan seksaan api nerakaMu.

Air rebusan ini kami tak tahan sakitnya ya Allah. .

Kasihanilah kami ya Allah. .

Kasihanilah ibu bapa kami

Kasihanilah suami dan isteri kami

Kasihanilah anak anak kami

Kasihanilah guru guru kami

Kasihanilah adik beradik kami saudara mara kami sahabat sahabat kami jiran jiran kami

Kasihanilah kami ya Allah. ..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...