Sunday, November 2, 2014

Memberi bukan bermakna untuk menerima


Baru baru ini salah seorang sahabat aku telah meluahkan rasa hati dia . Dia katakan dia segan kerana dia tak pernah dapat memberikan aku apa apa dan kebanyakan kawan aku banyak memberikan aku sesuatu.

kita andaikan kita sentiasa memberi hadiah buat sahabat kita sewaktu hari kelahiran beliau setiap tahun, tapi ditakdirkan sahabat itu tidak membalas nya semula sewaktu hari jadi kita. adakah kita akan berhenti utk memberinya pada tahun hadapan? di situlah sebenarnya keikhlasan kita.

aku katakan kembali pada sahabat aku itu, setiap kali aku beri aku tidak pernah mengharapkan balasan, sebab aku pun selalunya lupa yang apa yang telah aku berikan.

Pernah sekali sewaktu aku berada di tapak pesta anjuran Mardi, aku berniaga nasi beriani dan murtabak di sini. tiba tiba aku di tegur oleh seorang wanita yang agak linkungan baya baya aku jua..dia kebetulan berhenti di gerai aku, dan aku pun tanya nak murtabak atau nasi beriani kak? dia dengan bersahaja tegur aku... kau lupa akak ya amelia??
Allah Allah Allah...sapa yang mengenali aku, aku agak susah mengecam orang sebenarnya ehehehe.
aku pun terpinga pinga lalu terus menegur kembali dan mengatakan aku maaf sangat aku lupa siapa sebenarnya dia. dia kata... aku pernah sebilik di hospital yang sama sewaktu anak kami tak sihat di mahkota medical centre. aku tanyakan pada dia..anak yang mana? dia terkejut dia kata dah berapa anak kah aku?? eeheheheheh

bila aku katakan, terima kasih tegur aku. aku minta maaf aku mmg tak cam orang. dia jawab selamba, mana mungkin dia lupa aku, aku sentiasa bawak kan beriani dan segala makanan roti kek yang ada dalam simpanan aku, kami makan bersama sama.


dia ingat...aku sumpah terlupa.

di situlah sebenarnya keikhlasan itu bila kita sendiri tidak pernah ingat dan terdetik utk mengharapkan balasan pada orang yang sama.

sahabat sahabat aku sekalian,
janganlah terasa hati bilamana tak mampu untuk menghadiahkan aku apa apa sahaja pun. yang kita harap daripada manusia ada dua.

doa dan nasihat.

teruskan berdoa buat aku sekiranya masih ada rasa kasih buat aku..

semoga kita terus bersahabat bukan hanya di dunia malahan di syurga firdaus hendakNYa amin ya Allah

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...