Sunday, November 9, 2014

kisah anakanda bonda

Kisah Anakanda Bonda
Anakanda yang pertama
Sebelum dia bonda pernah mengandung kali pertama
Atas masalah kesihatan kandungan itu bonda terpaksa lepaskan jua
Setahun itu Allah tetap nak bagi rezeki
Bonda mengandungKan Muhammad Ashraf nama diberi
Setahun lebih anakanda Muhammad Ashraf dah pandai berdiri
Tiba tiba ada orang ingin beri bonda seorang anak lagi
Ibu abah bingung juga kerana Muhammad Ashraf kecil lagi
Tapi atas dasar kasih dan kasihan bonda dan ayahanda sanggup pikul tanggungjawab ini
Siti Jauharah nama diberi
Membesarlah kamu berdua dalam rumah ini
Rumah peninggalan arwah atuk kamu Tamby
Allahuakbar kamu berdua belum besar lagi, bonda disahkan mengandung lagi
Bonda menangis dan ketawa dalam waktu yang sama
Bonda tatau nak sedih atau gembira
Bonda sedih kerana 2 anak anak bonda masih perlukan kasih sayang bonda
bonda gembira datang lagi sorang yang akan meramaikan keluarga kita
Anakanda bonda yang ketiga
Cukup perit waktu bonda mengandungkan dia
Tumpahan darah, tak larat nak bangun hampir bonda mengalah saja
Tapi umur mu sangat panjang
Sehinggalah waktu kelahiran bonda masih berisiko jua..
Tapi bonda yakin Allah itu pasti sayangkan kita
Jika Dia ambil bonda waktu melahirkan kamu bonda sangat rela
Kerana bonda tau bonda pasti syahid di akhirat sana
Rupa rupanya jodoh kita semua masih panjang jua
Allah masih ingin memberikan kita rezeki di atas dunia
Anakanda bonda dengarlah pesan ini ya
Walaupun adanya salah seorang kamu bukan datang dr rahim bonda
Tapi yakinlah ia dari ketentuan Allah yang maha Esa
Pakatlah baik baik di kehidupan ini yang sementara
Kerana siapa pun kita ..kita menumpang sahaja
Satu masa nanti kita pasti ke sana jua....
Pesan Bonda janganlah kamu sombong di bumi Allah ini anakanda bonda
Sombong itu yang layak hanya Allah sahaja
Kerana dia punya segala galaNya
Kita ini semuanya kita mintak pada Dia
Kita nie langsung tak punya apa
Datang kosong pergi pun kosong juga
Yang ibunda dan ayahanda akan bawa amal ibadah dan doa anak anak soleh dan solehah yang bonda dan ayahanda tinggalkan ini hendaknya. .

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...