Saturday, November 1, 2014

tiada 'aku'

Tiada 'aku' di dalam kehidupan ini

Tadi ada lah customer Allahyarham ayah aku yang lama lama datang balik ke kedai kami sejak mereka menonton #jjcmtv3 ahad lepas.

Alhamdulillah. .. cuma yang tak berapa best tu mmg kebanyakan yang dulu pernah datang mmg kenal aku kecik kecik dahulu. .. jadi dorang mempersoalkan kenapa laki aku yang ke depan sedangkan aku yang sepatutnya sebab aku lah Anak Haji Tamby itu.

Senang jer aku cakap, suami saya pandai bercakap. Biarlah urusan bercakap di hadapan camera dan hadapan orang surat khabar biarlah dia.

Lagipun dia menantu Allahyarham Haji Tamby. Bukan orang lain pun.

Dari dulu pun aku bukannnya suka ke depan sangat. Aku suka suami aku ke depan sebab perut dia pun mmg dah ke depan pun kah kah kah...

Sebenarnya urusan siapa punya hakmilik siapa. . Itu bukan urusan kita.

Di dunia ini kita menumpang sahaja.

Perniagaan yang kami jalankan pun dari Allahyarham ayah angkat aku. Aku anak angkat dia. .. aku banyak menumpang kat ayah dan emak angkat aku..

Rezeki yang aku dapat hari ini aku tumpang rezeki suami aku. Perkahwinan kami mendatangkan rezeki anak anak kami... 3 anak anak kami itu yang mendatangkan rezeki kami...

Tiada 'aku" dalam kehidupan ini sebenarnya kalau kita fikirkan...

Hidup lah dengan sedar diri bahawa semua bukan hakmilik kita.

Sampai masa mati semua ini tinggal nama jerr

Apa yang kita tinggalkan? ? Kenangan yang baik atau yang buruk??

Itu yang patut kita fikirkan dari memikirkan yang bukan hak kita punya...

#gambardiataswaktuakusedang mengandung3bulan tapi anak itu bukan rezeki aku. 

'

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...