Saturday, November 1, 2014

baiknya Allah swt.. Dia mendengar lintasan hati hambaNya

Baiknya Allah swt

Sewaktu di #IMKKOKT2014 @drazizanosman baru baru ini, telah di adakan bacaan doa akhir tahun dan awal tahun dan solat maghrib berjemaah. 

Biasanya aku akan pulang ke hotel utk solat, jadi waktu itu aku terlupa nak bawa sekali telekung aku.

Ditakdirkan hari itu hujan lebat sangat. Aku telah tertinggal telekung aku di hotel.

Kak Hellymazuin bersungguh sungguh katakan pakaian aku mmg sudah boleh di bawa utk solat. Tapi sebab mmg tak biasa, aku was was yang teramat sangat. Mula mula terfikir juga utk tidak solat berjemaah waktu itu, tapi bila difikirkan ruginya dan kalau tak siap siap jamak sekali alangkah ruginya kerana kelas selalu abes lewat malam. Baik dulukan sahaja.

Setelah nekad utk bersolat, sewaktu dalam keadaan membetulkan saf, Allah itu sangat mendengar lintasan hati hambaNya. Di hadapan aku 3..4 orang yang berbaju kurung dan bertudung ..di sebelah aku perempuan berjubah dan berselendang ...

Allahuakbar. . Allah maha mendengar..

Dan untuk menunjukkan lagi kekuasaan Allah swt itu, aku terpandang setiap yang bersolat itu di belakang badan mereka di pin kan tudung mereka supaya bila mereka tunduk tudung itu tidak terangkat fi tiup angin.

Subhanallah. . Maha suci Allah...

Allah itu sangat dekat. .

Sangat sangat dekat jika engkau tidak ketahui. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...