Saturday, November 1, 2014

Hati seorang ibu...terusik jua tadi....


Pagi tadi dalam kereta Siti Jauharah bercakap tentang dia bukan anak aku. Dia kata anak ibu Ashraf dan Fahmy, tapi bukan dia, tapi kita tetap family. kata dia. Aku pandang Muhammad Ashraf. Ashraf cakap dia tak cakap apa apa pun. Aku tanya lagi pada Siti Jauharah, mana yaya tau?
 dia kata mmg dia tau, sebab dia ingat ibu dia tinggalkan dia dalam kotak. ibu jumpa tepi jalan dan ambik jadi anak. Hmmmmm aku cakap karut tue. takde lah tinggalkan kat dalam kotak bubuh tepi jalan. Aku cakap dengan dia, Siti Jauharah mmg bukan dari perut ibu. tapi Siti Jauharah tetap anak ibu.  Dia cakap mmg lah, sebab kita kan family. 

Sewaktu mula mula aku dapat dia, dia asalnya minum susu dutch lady sahaja. Muhammad Ashraf minum susu Pediasure, ambik masa 3 hari lah juga utk paksa dia sesuaikan dengan susu yang baru., mak aku bising waktu itu, tapi sebab aku dah pegang amanah utk menjadi ibu kepada anakku yang baru ini, aku takkan beza bezakan dia, itu lah aku. dia membesar dalam keluarga kami. 

Dia saling tak tumpah cerita aku yang dulu,. dia seperti kenangan lama berulang kembali. Ntah apa masalah yang terjadi, dia datang kepada aku. cuma mak dan pak aku tiada anak kandung, tapi aku ada. jalan cerita lebih kurang sama.  pernah sekali aku mendaftarkan sekolah utk siti jauharah, bila aku hulurkan surat beranak dia, cikgu sekolah itu terus cakap dengan aku, berani awak ambil anak angkat sebarang sebanrang tak kenal keturunan ya... waktu itu aku dengan lantangnya membela, aku juga anak angkat suatu ketika dahulu, mak pak aku tak tgk keturunan aku. 

Siti Jauharah, kau masih terlalu kecil utk mengerti hati seoarang ibu, kau akan jadi ibu juga anakku, anak angkat atau anak kandung datangnya tetap sama anakku, HADIAH DARI ALLAH SWT YANG SATU. Dia tau apa yang terbaik buat kita semua anak anak ku. 
ibu mmg bagitau kamu terrlalu awal anakku, kerana ibu tamau kamu dengar sok sek sok sek dari dunia luar seperti mana pedihnya hati dan telinga ibu suatu ketika dahulu. Ibu hidup dengan sakit hati bila mana orang memandang hina anak anak angkat seperti kita suatu ketika dahulu. ibu di sindir sindir sewaktu ibu kecil kecil dahulu dan bila ibu tanyakan pada mak tok kamu, dia  bilang tidak...mak tok adalah ibu kamu. tahun demi tahun ibu hidup dalam pembohongan sehinggalah sewaktu urusan kad pengenalan umur ibu 12 tahun. waktu itulah mak tok berani utk bercerita kan yang sebenarnya. sebab itu ibu perlu beritahu kamu seawal kamu sekarang anakku. supaya kamu tidak rasa rendah diri anak ku, supaya kamu tahu bahawa ibu dan abah teramat sayangkan kamu.  Ibu tak pernah membeza bezakan kamu semua anak anak ibu. Ibu tau mungkin ibu tak cukup sempurna tapi itulah semampu ibu. 

Siti Jauharah anak ibu, ibu yakin sangat kau akan menjadi seperti abang dan adik mu, walaupun tiada pertalian darah di antara kamu, ingatlah ibu adalah anak angkat kepada atok dan mak tok kamu, kita ini sama anakku, cerita kita sama cuma tahun nya berbeza. berbahagia lah kita dengan aturan dan pilihan dari Nya kerana kita adalah hamba pilihanNya. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...