Saturday, November 1, 2014

Surat buat ayah


[Surat buat Ayah]

Ayah, 
adik rindu ayah. Hari ini adik pegi seminar #imkk #drazizanosman ayah.
Adik tahu ayah tak faham apa seminar seminar ini. Sebab zaman ayah meniaga dulu, seminar camnie belum ada lagi ayah.
Mungkin ada, tapi bangsa kita x berapa nak minat pegi ayah.

Ayah,
Kat seminar ini kami telah disuruh tulis surat buat emak atau ayah atau suami atau isteri.
Surat untuk emak adik dah buat waktu adik pegi bulan Mac ari tu ayah. Kali ini adik buat surat buat ayah.

Ayah,
Adik dah ikut pesan ayah. Adik jaga emak, jaga ira dan anisah ayah.
Adik ingat pesan ayah buat adik untuk jaga adik adik.
Adik bawak dia pegi seminar ini ayah.

Ayah,
Sebab adik bawak dia pegi seminar ini sehab adik nak dia jadi lebih baik dari adik ayah.
Adik nak dia sama sama bantu antar pahala buat ayah.

Adik nak dia tau dan sedar, bahawa ayah lah yang telah bangun seawal pagi untuk mencari rezeki di kedai untuk membesarkan dia.
Ayah yang tebar roti canai dan masak nasi beriani suatu ketika dahulu untuk memberikan pakaian buat dia

Ayah,
Adik nak dia sama sama bantu hantar pahala buat ayah
Adik nak dia sama sama baca surah Yassin dengan anak anak adik untuk ayah
Adik nak sama sama dia bantu bersedekah dan pahalanya diberi khusus buat roh ayah.

Sebab ayah... kalau adik x buat hari ini, adik tatau bila lagi adik akan berpeluang untuk buat.
Sebab umur yang dipinjamkan buat adik, adik xtau sampai bila

Sebab itu adik nak didik dia jadi lebih baik dari adik sebab satu masa nanti adik akan pergi jua menyusul ke tempat ayah.

Adik takut amalan kebajikan ini akan terhenti di sini.

Anak anak adik masih kecil lagi... adik perlu bantuan dia untuk sama sama membimbing anak anak adik satu masa nanti bila adik dah takde.

Sebab itu adik perlu didik dia dari sekarang...

Supaya amalan kebajikan ayah dan pahala buat ayah tidak terhenti sekiranya adik dijemput Allah swt nanti

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...