Monday, October 6, 2014

bahagian kita di atas muka bumi ini tak sama




Aku adalah pengusaha Restoran di salah sebuah negeri di Melaka. Sedikit lebih kurang adalah dalam 6 tahun lebih aku dah berniaga. Bermacam macam jenis manusia telah aku jumpa. dan kebanyakan adalah warga tua . Dibesarkan oleh Allahyarham Haji Tamby Hussin, sedikit sebnyak aku terikut ikut dengan apa yang di lakukan. kebanyakan warga tua dia tak akan ambil duit, dia akan bagi makan secara percuma.  tanpa bayaran. Tidak kira apa bangsa dan agama, dia tetap akan kasi makan percuma. Di awal awal aku memulakan perniagaan aku sendiri, kedai aku sendiri selalu didatangi oleh warga emas. Mereka lebih gemar memilih roti canai dan teh. dan kebiasaanya aku bagi percuma. aku belum pun kaya waktu itu, kereta pun tiada. maksud aku kereta yang dinamakan atas nama aku. jadi kiranya aku tidak berharta lah 6 tahun dahulu, duit yang aku ada adalah modal pusingan duit berniaga aku. waktu itu pun aku dah beri  setiap orang tua itu yang datang  makan secara percuma. pernah sekali aku didatangi oleh seorang lelaki, dia kata Ayah dia dah meninggal, dia kata dia nak bayarkan makan ayah dia, dia kata sewaktu ayah dia sakit, ayah dia sempat beritahu yang dia selalu makan dia kedai aku tapi tidak aku ambil sebarang bayaran. aku katakan pada pelanggan itu, aku dah halalkan dunia dan akhirat. 

gambar di atas adalah situasi yang berlaku baru baru ini, aku macam dapat agak mereka berdua baru balik daripada pejabat pos di hadapan kedai aku. bila aku tanyakan ingin makan, mereka katakan minum sahaja. bila aku bersungguh sungguh katakan, aku bungkuskan kalau kenyang,... mereka kata kalau aku belanja dia akan makan.

aku letakkan 2 pinggan nasi beriani di hadapan mereka. alhamdulillah licin sekelip mata.
selepas makan, makcik itu ingin angkat dan basuh pinggan itu,. aku katakan tak payah makcik, mari aku hantarkan pulang ke rumah. beria ia mereka menolak kerana tak mau menyusahkan aku, tapi aku masih lagi bersungguh sungguh ingin hantar pulang kerana aku tau, tempat aku tiada satu bas pun masuk apatah lagi teksi.

benar mereka berjalan kaki. jauhnya masya Allah dengan panas terik lagi. bayangkan kalau mereka belum makan tadi. Allah itu sangat baik kerana menghantar kan rezeki buat makcik makcik ini. 

aku cukup kalah berhadapan dengan orang orang sebegini

jangan salahkan takdir mereka, tapi kita haruslah bantu mereka, doa doa merekalah yang membantu kita, mereka pun tidak minta jadi begini, tapi mereka adalah utk kita, mereka adalah sumber pahala kita. 

kita perlu berterimakasih pada mereka mereka ini


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...